Tiga suspek tumpas di lebuh raya
KUALA LUMPUR: Cubaan tiga suspek termasuk seorang wanita melarikan diri dengan kenderaan ketika diperiksa gagal selepas polis menembak pemandunya selepas didapati memandu secara berbahaya, pada 8.30 malam tadi.
Dalam insiden kejar mengejar itu, Proton Satria Neo yang dinaiki suspek turut merempuh motosikal polis sebelum melanggar lapan kenderaan dan dua motosikal awam.
Susulan daripada suspek memandu melulu itu, polis terpaksa melepaskan tembakan sebelum terkena pemandu Proton Satria Neo terbabit.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata sebelum kejadian, anggota polis yang sedang dalam rondaan khas pencegahan jenayah jalanan terserempak kenderaan suspek di kawasan perumahan Wangsa Maju dalam keadaan mencurigakan.
ANGGOTA forensik melakukan siasatan di kawasan kejadian di Taman Dagang, Ampang, Kuala Lumpur. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Katanya, apabila anggota memperkenalkan diri, suspek bertindak memecut laju dan melanggar motosikal polis menyebabkannya terpaksa meloncat terjun untuk menyelamatkan diri.
Menurutnya, pemandu itu dihantar ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan kritikal manakala dua lagi suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kenderaan suspek terus memecut dan memasuki lebuh raya MRR2 dengan memandu secara berbahaya. Polis terpaksa melepaskan tiga hingga empat das tembakan kerana bimbang membahayakan pengguna lain.
“Kereta suspek kemudian tiba-tiba berhenti. Hasil pemeriksaan mendapati pemandu terkena tembakan di bahagian kepala,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurutnya, pemandu itu dihantar ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan kritikal manakala dua lagi suspek ditahan untuk siasatan lanjut.
“Siasatan awal mendapati, semua suspek adalah warga tempatan berusia antara 20 dan 26 tahun. Pemeriksaan juga mendapati seorang daripada suspek juga terbabit dalam beberapa kes jenayah samun sebelum ini.
“Pemeriksaan terhadap kenderaan suspek turut menemui dua parang, pistol angin, peluru bebola besi, gari dan peralatan menghisap dadah,” katanya. - myMetro.
Tiada ulasan: