[INFO] Windows 9 Dilaporkan Bakal Diumumkan Pada April 2014
Khabar angin tentang versi Windows yang seterusnya dengan kod nama “Threshold” telah mula berlegar-legar di arena web sejak akhir-akhir ini namun kesahihannya belum dapat dipastikan. Kini, laman web Paul Thurrott telah mengesahkan butiran terperinci mengenai versi Windows seterusnya.
Daripada laporan tersebut, Windows 9 bakal membawakan beberapa perubahan yang besar seperti kembalinya Start Menu yang memang menjadi punca utama Windows 8 gagal menyerlah dalam pasaran walaupun sudah lebih setahun ia diperkenalkan dalam pasaran.
Selain itu, Windows 9 ini bakal menjadi permulaan penggabungan antara Windows Phone dan Windows RT yang sebelum ini diasingkan. Microsoft juga sedang berusaha untuk menggabungkan satu aplikasi store yang dapat digunakan pada setiap platform milik Microsoft iaitu Windows, Windows Phone dan juga Xbox.
Daripada laporan laman web tersebut juga, Microsoft menamakan versi terbaru ini dengan Windows 9 dan bukannya Windows 8.2 seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini adalah kerana ia cuba untuk mengelakkan pengguna menyamakan Windows 8 (yang gagal) dan juga versi Windows terbaru ini. Untuk makluman semua, Microsoft mengalami hari-hari yang sukar sepanjang Windows 8 diperkenalkan pada 26 Disember 2012 dengan hanya 25 juta pengguna Windows berdasarkan jumlah pengguna membuat kemaskini (update) di Windows 8. Sebelum ini, terdapat juga statistik yang menunjukkan Windows 7 semakin meningkat jumlah penggunaan manakala Windows 8 masih jauh untuk menandingi Windows 7.
Seperti biasa, Microsoft bakal memperkenalkan versi pembangun pada acara pengumuman Windows terbaru dan ini akan berlangsung pada April 2014 ini manakala ia akan dilancarkan kepada pengguna setahun selepas itu iaitu April 2015 menurut sumber. Selain daripada pengenalan Windows 9 pada BUILD 2014 ini, laman web Paul Thurrott juga melaporkan Windows 8.1 Update 1 juga bakal diperkenalkan pada acara tersebut selain daripada pengumuman Windows Phone 8.1 Update 1.
Sebelum ini, terdapat laporan yang mengatakan Windows “ThresHold” ini akan dinamakan dengan Windows 8.2 namun kini ia diubah kepada nama Windows 9 berdasarkan sumber yang memang boleh dipercayai. Selain itu, pengeluar komputer juga dihadkan sehingga Oktober 2014 untuk mengeluarkan komputer dengan pre-install Windows 7 dan selepas itu komputer yang dikeluarkan diwajibkan untuk hadir bersama-sama Windows 8.
Tiada ulasan: