Revolusi kebangkitan rakyat, 49 korban di Mesir

KAHERAH - MESIR. Sekurang-kurangnya 49 maut dalam pertempuran ketika ulang tahun ke-3 revolusi kebangkitan rakyat Mesir yang menggulingkan bekas Presiden Hosni Mubarak pada 2011, menurut media tempatan, semalam.

Menurut laporan AFP, jurucakap Kementerian Kesihatan mengesahkan seramai 247 orang juga cedera selepas penyokong dan penentang Ikhwanul Muslimin bertempur di Kaherah serta beberapa bandar lain termasuk Iskandariah.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri mengesahkan seramai 1,079 individu juga ditahan kerana mencetuskan huru-hara di seluruh negara.

Jumaat lalu, empat siri pengeboman dilancarkan di beberapa lokasi dan turut meragut enam nyawa manakala puluhan lagi cedera.

Susulan daripada insiden itu, kumpulan militan Ansar Beit al-Maqdis mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan pengeboman tersebut yang didakwa menyasarkan anggota keselamatan di negara terbabit. - SH.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.