BONGKAR !! Dera atau didik? Datuk, cucu dibakar [SAKSIKAN...]

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dibunuh kejam sebelum mayatnya dibakar sekumpulan samseng selepas datuknya didakwa gagal membayar hutang kepada kumpulan terbabit.

Mayat Nicola Campolongo yang rentung ditemui dalam kereta di belakang sebuah rumah tinggal di selatan Itali bersama-sama mayat datuknya, Salvatore Iannicelli, 52, dan seorang gadis, Ibtissa Touss, 27.

Di atas bumbung kereta yang terbakar itu terdapat sekeping syiling ditinggalkan sebagai mesej kerana kegagalan Iannicelli membayar hutangnya.

Kesemua mangsa ditemui selepas bapa saudara Nicola atau lebih dikenali sebagai Coco membuat laporan tentang kehilangan mereka apabila Iannicelli yang sebelum ini pernah di penjara tidak pulang ke rumah untuk perintah berkurung yang dikeluarkan mahkamah.

Polis di Cosenza percaya, pembunuh dan mangsa berasal dari kumpulan yang mempunyai kaitan dengan samseng Ndrangheta, sebuah kumpulan pengedar dadah paling kaya dan berkuasa di Eropah berpangkalan di Calabria.

Penyiasat Franco Giacomantonio berkata, tindakan kumpulan itu sungguh kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Bagaimana mereka tergamak membunuh kanak-kanak berusia tiga tahun? Selama saya bertugas sebagai penyiasat, ini adalah pembunuhan paling sadis.

“Keganasan, kebiadaban dan kekejaman tidak pernah henti walaupun penjenayah berhadapan dengan kanakkanak,” katanya.

Nicola diletakkan di bawah jagaan datuknya lebih setahun lalu apabila ibu bapanya di penjara kerana terlibat dengan sindiket penyeludupan dadah. - nydaily

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.