TERKINI !! Lembah Klang mula dilanda jerebu

PUTRAJAYA - Keadaan udara kelihatan berjerebu telah berlaku sekitar kawasan Lembah Klang pada petang semalam, Ahad, 26 Januari 2014.

Berdasarkan laporan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), beberapa kawasan di Lembah Klang iaitu Sepang, Petaling Jaya dan Subang, Selangor telah mencatatkan pengurangan jarak penglihatan pada jam 5 petang semalam dengan bacaan sejauh 4 kilometer hingga 8 kilometer, berbanding jarak penglihatan yang baik iaitu melebihi 10 kilometer .

Bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada 26 Januari 2014, jam 5 petang adalah dalam keadaan baik dan sederhana di seluruh negara dan tiada kawasan yang mengalami bacaan IPU tidak sihat.

Sehubungan itu, keadaan berjerebu yang dialami pada petang semalam merupakan fenomena cuaca yang biasa dan tidak menjejaskan kesihatan orang awam. Pada hari ini, bacaan IPU yang direkodkan pada jam 11 pagi menunjukkan sebanyak 28 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik, manakala sebanyak 24 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap sederhana.

Maklumat terperinci bacaan IPU mengikut lokasi-lokasi stesen pengawasan adalah seperti di LAMPIRAN 1.

Pengurangan jarak penglihatan yang menyebabkan ruang udara kelihatan berjerebu ini adalah disebabkan kehadiran habuk halus atau partikel udara yang terampai dalam keadaan cuaca semasa yang kering. Habuk halus atau partikel udara yang terampai merupakan bahan pencemar yang dilepaskan ke atmosfera daripada pelbagai punca aktiviti manusia antaranya, pelepasan kenderaan bermotor, perindustrian, aktiviti pembangunan tanah dan pembinaan. Sehingga kini tiada sebarang pembakaran terbuka yang boleh menjejaskan kualiti udara berlaku di kawasan Lembah Kelang.

Berdasarkan laporan oleh METMalaysia, semenjak beberapa hari lalu, pergerakan angin di kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia adalah perlahan dengan halaju 10 km sejam dan keadaan atmosfera adalah stabil. Faktor-faktor cuaca ini dan keadaan topografi kawasan Lembah Klang yang bercirikan lembah (valley) menyebabkan habuk halus atau partikel udara yang terampai terperangkap di ruang udara dan tidak dapat menyebar (disperse) dengan cepat. Pada 27 Januari 2014, METMalaysia turut melaporkan bahawa beberapa kawasan di Lembah Klang  iaitu Daerah Hulu Selangor, Kelang, Kuala Selangor, Petaling dan Sepang masih tidak menerima hujan melebihi lima hari berturut-turut semenjak 22 Januari 2014.


Tindakan di peringkat tempatan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengawasi dengan rapi status kualiti udara di seluruh negara dan telahpun mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka di semua negeri. Selain daripada itu Jabatan Alam Sekitar juga telah mempertingkatkan pelaksanaan Prosedur Tetap Operasi (SOP) Program Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut Yang Mudah Terbakar bagi mencegah dan mengawal sebarang punca tempatan yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara dan jerebu. JAS juga mempertingkatkan penguatkuasaan ke atas pelepasan asap dari kenderaan bermotor dan pelepasan dari industri.


Nasihat/makluman

Berikutan keadaan cuaca kering dan berangin Timur Laut yang sedang dialami, orang ramai terus dinasihatkan supaya tidak melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka. Orang ramai juga diminta bekerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan juga melaporkan kes-kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol, 1-800-88-2727.

(LAMPIRAN 1)

INDEKS PENCEMAR UDARA (IPU) JABATAN ALAM SEKITAR MALAYSIA PADA 27 JANUARI 2014 (ISNIN) JAM 11 PAGI

KAWASAN Masa/Time

AREA 11:00am

Kangar, PERLIS 60*

Langkawi, KEDAH 40*

Alor Setar, KEDAH 44*

Bakar Arang, Sg. Petani, KEDAH 66*

USM, P. PINANG 51*

Perai, P. PINANG 50*

Seberang Jaya 2, Perai, P. PINANG 54*

JalanTasek, Ipoh, PERAK 55*

S K Jalan Pegoh, Ipoh, PERAK 55*

Kg. Air Putih, Taiping, PERAK 55*

Seri Manjung, PERAK 53*

Tanjung Malim, PERAK 51*

Pelabuhan Kelang, SELANGOR 67*

Petaling Jaya, SELANGOR 57*

Banting, SELANGOR 69*

Shah Alam, SELANGOR 56*

Kuala Selangor, SELANGOR 60*

Batu Muda, KL W.PERSEKUTUAN 64*
Cheras, KL W. PERSEKUTUAN 44*

PutraJaya, W. PERSEKUTUAN 49*

Labuan, W. PERSEKUTUAN 41c

Nilai, N. SEMBILAN 55*

Seremban, N. SEMBILAN 52*

Port Dickson, N. SEMBILAN 55*

Bukit Rambai, MELAKA 66*

Bandaraya MELAKA 51*

Pasir Gudang, JOHOR 44*

Larkin, JOHOR 49*

Muar, JOHOR 47*

Kota Tinggi, JOHOR 39*

Tanah Merah, KELANTAN 65*

SMK Tanjung Chat, Kota Bharu, KELANTAN 50*

Kemaman, TERENGGANU 54*

Paka, TERENGGANU 41*

Kuala Terengganu, TERENGGANU 44*

Jerantut, PAHANG 37*

Indera Mahkota, Kuantan, PAHANG 51*

Balok Baru, Kuantan, PAHANG 56*

Kuching, SARAWAK 26*

Sibu, SARAWAK 34*

Bintulu, SARAWAK 26c

Miri, SARAWAK 16c

ILP Miri, SARAWAK 11*

Sarikei, SARAWAK 45*

Limbang, SARAWAK 18*

Samarahan, SARAWAK 36*

Sri Aman, SARAWAK 49*

Kapit, SARAWAK 30*

Kota Kinabalu, SABAH 41*

Tawau, SABAH 28*

Keningau, SABAH 43*

Sandakan, SABAH 26*

Keterangan/Explanation
Taksiran IPU | Bilangan Kawasan


API Indication | Number of Areas

0-50 Baik/Good 28

51-100 Sederhana/Moderate 24

101-200 Tidak Sihat/Unhealthy 0

201-300 Sangat Tidak Sihat/Very Unhealthy 0

>300 Berbahaya/Hazardous 0

# Masalah Teknikal/Technical Problem 0

Nota/Note: * = Habuk Halus (PM10) | c = Ozon (O3)
a = Sulfur Dioksida (SO2) d =

Karbon Monoksida (CO)
b = Nitrogen Dioksida (NO2) & =
Lebih daripada satu pencemar

SUMBER: Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE)

UNTUK MAKLUMAT SILA HUBUNGI:
NAMA : Mohd Haizul bi Hod
Unit Komunikasi Korporat (UKK)
TEL : 03-8886 1585 (DL)
FAKS : 03-8889 4763

- Bernama

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.