[HIBURAN] Filem Datuk Rosyam Nor 'Balistik' Pikat Penonton
Baru empat hari tayangan, filem Balistik terbitan bersama RK Screen Sdn Bhd milik pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Rosyam Nor dan produksi Asia Tropical Film Sdn Bhd (ATF) sudah mencatat kutipan sebanyak RM1.2 juta.
Menemui penonton di seluruh pawagam mulai 9 Januari lalu, ia dapat dilihat sebagai pembuka tirai filem Melayu yang mantap serta mampu menarik semula orang ramai ke panggung wayang.
Balistik yang bermaksud 'kelajuan peluru' mendapat sentuhan pengarah terkenal, Silver Yee itu boleh dianggap juga filem aksi berkesan kerana walau pun mengangkat tema gengsterisme, namun diperkukuhkan dengan suntikan drama dan kasih sayang.
Rosyam berkata, jumlah kutipan sebanyak RM1.2 juta yang sudah dikutip oleh filem Balistik untuk tempoh empat hari tayangan di pawagam itu cukup membuatkan beliau bersyukur.
Katanya walau pun mengharapkan Balistik akan lebih berjaya lagi dalam mencatat kutipan tinggi di pawagam, setidak-tidaknya jumlah diraih itu agak memberangsangkan bagi filem Melayu yang ditayang sebagai ‘pembuka tirai 2014’.
“Namun, sebagai manusia biasa yang tidak pernah puas, saya sentiasa selesa melihat ke arah sudut pandang yang positif. Apatah lagi, membabitkan soal jumlah kutipan Balistik di panggung.
“Maklum saja, selepas banyak filem Melayu menemui kegagalan di pawagam pada tahun lalu, sekurang-kurangnya Balistik mampu menarik orang ramai untuk datang menonton ke panggung semula dengan jalan cerita diketengahkan.
“Justeru, saya sangat terharu dan berterima kasih. Bahkan, di laman sosial pula rata-rata komen yang diterima daripada penonton juga sangat baik kerana mereka suka pada jalan cerita dipersembahkan Balistik.
“Malah, paling membuatkan mereka tidak sangka juga apabila filem genre aksi yang saya ketengahkan ini mampu membuatkan penonton mengalirkan air mata,” katanya.
Menurut Rosyam lagi, apa yang pasti dan paling utama baginya terhadap objektif penerbitan filem Balistik adalah menjurus pada mengangkat martabat pasukan polis tanah air kerana pengorbanan menjaga keselamatan dan keamanan negara.
“Oleh itu, saya sebenarnya sangat mengharapkan jika filem Balistik ini turut mendapat lebih sokongan daripada anggota polis tempatan sama ada yang masih berkhidmat atau sudah bersara untuk datang menyaksikannya di pawagam.
“Selaku anak Malaysia yang cukup mengagumi kehebatan serta pengorbanan pasukan polis tempatan dalam berjuang menjaga keselamatan dan keamanan tanah air, maka
filem Balistik ini ditujukan khas buat mereka,” katanya.
Cekal menyimpan impian untuk Balistik lebih berjaya di pawagam serta menjadi pilihan penonton, Rosyam berkata apa yang pasti sokongan masyarakat sangat penting dalam usaha memastikan filem Melayu terus ‘bernafas’.
Ujar Rosyam lagi, bahkan jika kutipan diraih Balistik sangat baik beliau mengakui tidak teragak-agak untuk mempersembahkan kesinambungan filem itu untuk tatapan penonton.- artis meletop.

Tiada ulasan: