Dua keluarga angkat dikenalpasti
STOCKHOLM: Dua keluarga Malaysia dikenalpasti dan sedang berada pada peringkat terakhir untuk dimuktamadkan sebagai keluarga angkat baru.
Itu perkembangan terkini yang dimaklumkan kedutaan Malaysia kepada rombongan Pemuda UMNO dan Sukaguam yang tiba untuk mengetahui situasi terkini berhubung nasib empat anak pasangan Malaysia yang ditahan sejak 18 Disember lalu.
Perkara itu antara berita positif pertama diketahui sebaik menjejakkan kaki ke ibu kota Sweden ini kelmarin dalam usaha membela nasib mereka selepas ibu dan bapa ditahan atas tuduhan memukul.
Perkara itu disahkan Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Sheikh Nafiq Alfirdaous yang menyifatkan perkara itu dalam proses akhir mendapatkan perintah mahkamah pentadbiran untuk pertukaran keluarga.
GAMBAR kenangan Shalwati Norshal (kanan)yang ditahan di Sweden dengan suaminya bersama empat anaknya yang dimuat naik saudara pasangan terbabit di laman Facebook.
Sheikh Nafiq berkata, pihak keluarga Azizuk Raheem Awalluddin dan Shalwati Norshak juga memohon untuk bertemu dengan anak-anak mereka
Bagaimanapun, bagi tujuan itu mereka perlu memohon Sijil Berkelakuan Baik melalui Wisma Putra yang diluluskan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Rombongan Pemuda UMNO dan Sukaguam yang berada di negara ini sehingga 30 Januari depan akan turut berjumpa Duta Besar Malaysia di Sweden Datuk Badruddin Ab Rahman hari ini untuk mengetahui lebih lanjut proses seterusnya. - myMetro.

"Difahamkan ia akan diperoleh dalam masa terdekat. Ada dua keluarga yang dikenalpasti ketika ini dan bergantung kepada pihak berkuasa disini.
"Apapun, bagaimana nasib mereka dijangka diketahui pada 29 Januari nanti," katanya.
Sheikh Nafiq berkata, pihak keluarga Azizuk Raheem Awalluddin dan Shalwati Norshak juga memohon untuk bertemu dengan anak-anak mereka
Bagaimanapun, bagi tujuan itu mereka perlu memohon Sijil Berkelakuan Baik melalui Wisma Putra yang diluluskan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Pihak keluarga sedang menunggu kelulusan bagi membolehkan mereka secara rasmi berhubung dan bertemu dengan anak-anak melalui peguam yang dilantik.
"Ketika ini tertakluk sama ada pasangan itu didapati bersalah, lanjutan reman atau buang kes," katanya.

Tiada ulasan: