[SAKSIKAN] Gambar embun beku di Gunung Kinabalu
Penunjuk arah Gunung Kinabalu atau dikenali sebagai ‘Malim Gunung Kinabalu’, Nais Momin, 45, berkata “Kolam menjadi ais, embun yang menitis juga terus membeku hingga kelihatan seperti salji.”
Katanya, beliau menyedari keadaan itu ketika membawa pendaki ke puncak gunung pada 15 Januari lalu. Kali pertama berlaku sejak menjadi penunjuk arah sejak 6 tahun lalu. Laluan bertangga di kawasan puncak turut diseliputi ais. Laluan pendaki menjadi licin. Sejuknya menusuk ke tulang. Air menjadi ais dengan ketebalan antara setengah hingga lebih satu sentimeter.

“Air yang menitis kelihatan putih seperti salji, tetapi apabila jatuh atas batu ia hilang. Ada pendaki menyangka ia salji, tetapi saya berpendapat sebaliknya kerana salji bila jatuh ke bumi, ia kelihatan putih seperti kapas,” katanya lagi ketika ditemui Berita Harian, semalam.
Tiada ulasan: