[LUAR NEGARA] Polis, tentera kempen senyap

KAHERAH - MESIR. Hari kedua dan terakhir untuk mengundi menentukan Perlembagaan baru di Mesir terus sengit, sehari selepas lebih 10 orang terbunuh semalam.

Jurucakap kerajaan sementara berkata, kawalan keselamatan terus dipertingkatkan bagi mencari pungutan suara sekali gus membuka ruang kepada ketua angkatan tentera pimpinan Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi untuk memegang jawatan Presiden.

Dilaporkan oleh wartawan Al Arabiya yang berada di lokasi pengundian, jumlah mereka yang keluar mengundi amat kecil di pinggir Kaherah seperti di daerah Zamalik dan Suez.

“Keadaan ini disebabkan ramai penduduk di pinggir Kaherah merupakan menyokong kuat bekas Presiden Mohamed Mursi sekali gus menyaksikan mereka memboikot pungutan suara tersebut,” katanya.

Menurutnya, terdapat segelintir tentera dan polis yang berkawal di pusat mengundi berkempen secara senyap mahukan penduduk mengundi ‘ya’ untuk memberi kemenangan di pihak mereka.
“Ramai yang memberi undi percaya buat Al-Sisi selepas mereka 'termakan' tawaran daripada bakal presiden itu,” katanya. - SH.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.