CEMAS !! Mercedes hangus dijilat api

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu kereta mewah milik seorang ahli perniagaan cemas apabila mendapati kenderaan dipandu berasap sebelum terbakar di sini petang tadi.
Kejadian di Lingkaran Syed Putra dekat pusat beli belah Mid Valley Megamall di sini pukul 4.45 petang itu menyebabkan kenderaan jenis Mercedes Benz tersebut terbakar keseluruhan.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Lembah Pantai, Salmi Abdul Mufti berkata, pemandu berumur 28 tahun tersebut menyedari enjin kenderaan itu mengeluarkan asap selepas diberitahu oleh pengguna jalan raya yang lain.
Ujar beliau, pihaknya berjaya memadam kebakaran kira-kira 20 minit selepas tiba ke tempat kejadian.
Tambah beliau, punca kejadian masih dalam siasatan dan pemandu kereta tersebut membuat laporan di Balai Polis Pantai.
“Tiada kecederaan daripada kejadian tersebut dan mangsa membuat laporan kepada polis selepas kejadian,” kata beliau. - Kosmo.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.