Samsung Galaxy S5 Dilaporkan Membawakan Pengesan Cap Jari


galaxy-s4-home-button
Seperti yang anda lihat pada tajuk artikel ini, ia memang disahkan Samsung dilihat bakal meniru Apple jika ia benar-benar berlaku. Lebih mengejutkan, pihak Android Authority juga memaklumkan bahawa pengesan cap jari ini bakal diimplementasikan pada butang kuasa pada telefon pintar tersebut menjadikan ia sama dengan produk Apple terbaru, iPhone 5S.

Sebelum ini, terdapat beberapa laporan bahawa Samsung Galaxy S5 bakal membawakan pengesanan mata namun teknologi itu belum cukup kukuh untuk diperkenalkan kepada umum pada minggu hadapan dan akhirnya pihak amsung akur untuk memperkenalkan teknologi yang hanya membawakan pengesanan cap jari yang diperkenalkan oleh Apple pada tahun yang lalu.

Namun berbeza daripada teknologi yang terdapat pada iPhone 5s yang memerlukan anda statik di atas butang kuasa untuk mengesan cap jari, pengesanan cap jari yang bakal diperkenalkan oleh pihak Samsung ini memerlukan anda mengerakkan jari anda di atas butang kuasa memandangkan ia dikatakan cara ini lebih selamat.

Selain itu, ia dilaporkan bakal membolehkan pengguna menetapkan sehingga 8 jari untuk fungsi berlainan. Satu jari sudah semestinya untuk membuka kunci skrin dan 7 jari lagi untuk fungsi yang lain namun belum dapat memastikan 7 fungsi tersebut. Selain itu, Samsung juga dikatakan bakal memperkenalkan satu fungsi yang dinamakan “Private Mode” yang memerlukan pengguna meletakkan cap jari untuk mengakses sesuatu aplikasi yang mempunyai data persendirian.

Walaupun, tiada lagi pengesahan oleh Samsung setakat ini dan kami bakal melaporkan lebih lanjut pada acara MWC 2014 pada minggu hadapan. Namun begitu, pengesanan cap jari mungkin benar diperkenalkan pada minggu hadapan memandangkan Samsung tidak mahu ketinggalan daripada pesaingnya, Apple. - Nizul

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.