GEMPAR !!! 7 Gambar Kebakaran Hutan Di Ukay Perdana, Ampang

Penduduk sekitar Sering Ukay dekat Ampang cemas selepas belukar seluas kira-kira empat hektar di Jalan SU 2B tiba-tiba terbakar, malam tadi.

Bagaimanapun kejadian sekitar jam 9 malam itu tidak membabitkan rumah berdekatan kerana pasukan bomba dan penyelamat sempat mengawal kebakaran.

Seorang penduduk, Hazri Hanafi, 32, berkata, ketika kejadian dia berada di luar rumah dan terlihat api menjulang tinggi di kawasan bukit yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya.
Menurutnya pada mulanya situasi agak mencemaskan kerana rumah paling dekat terletak hanya 50 meter dari lokasi kebakaran namun pihak bomba berjaya mengawal api dari merebak.

Timbalan Penolong Pengarah Bomba (Operasi) Selangor, Sani Harul berkata, kebakaran di tanah seluas empat hektar itu berjaya dikawal dengan kecekapan pihak bomba.

Katanya, seramai 20 pegawai serta anggota daripada tiga balai dikejarkan dalam operasi itu iaitu Balai Pandan, Balai Ampang dan Balai Wangsa Maju.

Difahamkan kebakaran berjaya dikawal dalam tempoh sejam.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.