GEMPAR !!! Budak setahun berat 18 kilogram

TAMPIN – Usia baru setahun, berat sudah cecah 18 kilogram. Begitulah keadaan Kyairiel Mikhail yang berat badannya naik mendadak setiap bulan hingga melepasi tahap normal dan mula merisaukan ibunya, Yusnurlina Mohd Yusof, 25.

Umumnya, berat seperti itu untuk mereka yang berusia tiga hingga empat tahun. Yusnurlina berkata, sewaktu dilahirkan, berat Mikhail, 2.7 kilogram.

"Namun naik mendadak selepas dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban ketika berusia 25 hari sebab jangkitan paru-paru. Selepas beberapa hari keluar hospital, anak saya diserang sawan.

"Selepas itu, berat badannya naik bulan ke bulan hingga sekarang 17.6 kilogram," katanya.

Mikhail genap berusia setahun 15 Januari lalu.

Dikunjungi Sinar Harian di rumahnya di Taman Gunung Mas Repah di sini, semalam, Yusnurlina berkata, ia bukan setakat risaukan kesihatan Mikhail malah lebih merisaukan apabila melihat anaknya itu hanya terbaring.

"Kami sudah rujuk dipakar dietetik. Tetapi mereka pun tak boleh beri jawapan mengapa berat anak kami naik mendadak," katanya.

Yusnurlina berkata, masalah timbul apabila dia dan suaminya, Khairul Shafiq Nor Azmi, 27, yang bekerja di sebuah pasar raya terpaksa berbelanja lebih untuk menampung keperluan Mikhail.

"Mikhail pakai lampin pakai buang saiz XXL dan susunya saja cecah RM400 sebulan. Itu tak kira lagi belanja ulang alik ke klinik serta hospital dan dua lagi anak. Pada 11 Februari ini, kami kena bawa Mikhail untuk rawatan di Hospital Kuala Lumpur pula," katanya yang mempunyai dua lagi anak, Kyairiel Mukhriz, 5,  dan Kyairina Qistina, 3.

Menurut Yusnurlina, dia  berhenti kerja untuk menjaga anak-anaknya walaupun sedar gaji suami tidak cukup untuk mereka sekeluarga apa lagi dengan keadaan Mikhail.

Bagaimanapun, katanya, Mikhail bernasib baik kerana baharu terima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM100 sebulan, sekali gus mengurangkan sedikit bebanan mereka suami isteri.

"Kami berharap Mikhail kembali normal, Risau apabila melihat dia terbaring sahaja. Kalau dia menangis, kami terpaksa dukung, tetapi dia hadapi kesukaran untuk menegakkan bahagian tengkuknya," katanya. - SH.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.