GEMPAR !!! Gambar mayat reput terputus dua ditemui

GEMPAR!! Gambar mayat seorang lelaki dengan keadaan yang mengerikan ditemui di hutan simpang Bukit Gedung, Pulau Pinang. FB tertanya-tanya apa motif kejadian ini. Adakah disebabkan dendam? kes ini masih dalam siasatan polis. Teruskan membaca...

GEORGETOWN – Mayat seorang lelaki yang hampir reput dan kepala terputus dijumpai dalam hutan simpan Bukit Gedung, 50 meter dari Jalan Mayang Pasir, Bayan Baru di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supritenden Lai Fah Hin berkata kepala lelaki itu dijumpai tergantung menggunakan akar kayu pada sebatang pokok setinggi dua meter dari aras tanah oleh orang awam yang melalui kawasan itu pada pukul 5 petang.
“Berdasarkan keadaan mayat yang telah berbau dan mereput, polis percaya lelaki itu telah meninggal dunia lebih daripada dua minggu,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Beliau berkata mayat itu dijumpai dalam keadaan tertiarap dan lengkap berpakaian. Tiada dokumen pengenalan diri ditemui.
Lai berkata polis sedang meneliti laporan orang hilang untuk mengenal pasti identiti mangsa dan meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan siasatan awal mengklasifikasi kes itu sebagai mati mengejut. – BERNAMA
Saksikan beberapa lagi keping gambar ngeri dibawah...

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.