Fizo Dan Mawar Dilihat Sebagai Pasangan bahagia bagai tidak dapat dipisahkan lagi

Selepas mendirikan rumahtangga, pelakon & pengacara, Fizo Omar akui akan sentiasa membawa isterinya, Mawar ke mana sahaja bagi meluangkan masa bersama sebaik mungkin.

Menurut Fizo Omar dia tidak kisah jika ada pihak yg kurang senang dengan tindakannya yang sering mengusung isterinya bersama ke mana-mana majlis kerana akui mereka sedang melalui fasa percintaan selepas kahwin.

"Pasti Mawar kena sentiasa ada bersama saya. Kami baru nak merasa bercinta walaupun sudah berkahwin. Oleh itu inilah cara kami habiskan masa bersama.

"Lagi pun saya mahu sedikit sebanyak dia semakin faham dengan kerja saya. Tapi tidaklah selalu sangat dia ikut saya, cuma ada masa-masa tertentu saja. Mawar pun ada kerja dia sendiri, sebagai contoh dia yg bertangggungjawab untuk mencipta setiap rekaan tudung Fareeda.

"Tapi sebenarnya kalau dari segi bekerja, boleh dikatakan memang kami sentiasa bersama walaupun kami kendalikan bidang perniagaan yg berlainan. Tapi kami berkolaborasi untuk cari peluang perniagaan bersama", ujar fizo Omar.
Oleh itu diharapkan agar rumahtangga Fizo dan Mawar akan terus berkekalan sehingga akhir hayat..amin.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.