BONGKAR !!! Punca sebenar guru belasah 4 pelajar di Sitiawan

Guru lelaki berusia 34 tahun yang membelasah hingga cedera empat pelajar sebuah sekolah menengah di Sitiawan dekat sini, petang kelmarin, disyaki menghidap sakit mental.

Timbalan Pengarah Pelajaran Perak, Mohd Idris Ramli, berkata, berdasarkan laporan diterima daripada sekolah berkenaan pagi semalam, tindakan guru itu yang terlalu pantas bertindak terhadap kesalahan dilakukan anak muridnya tidak menunjukkan perlakuan guru yang normal. 

Guru Belasah 4 Pelajar Di Sitiawan Dipercayai Sakit Mental

“Jika dia menggunakan rotan misalnya bagi menghukum pelajar, itu adalah perkara normal tetapi tindakan menumbuk dan menerajang adalah tindakan yang sukar diterima,” katanya di sini hari ini. 


Sehubungan itu, katanya, jabatan itu menghantar dua pegawainya pergi ke sekolah berkenaan pagi ini untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci sebelum mengusulkan sebarang tindakan kepada Kementerian Pendidikan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba berkata, siasatan terhadap kes itu sudah selesai dan polis kini hanya menunggu laporan perubatan untuk melengkapkan siasatan sebelum diserahkan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan sudah mengambil keterangan daripada guru terbabit yang datang ke IPD Manjung petang semalam. 

Empat pelajar sekolah SMJKC Nan Hwa termasuk dua daripadanya perempuan dilaporkan cedera selepas dibelasah guru terbabit kerana tidak membawa buku latihan ke sekolah yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang Rabu.

Sumber : Metro

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.