GEMPAR !!! Sharifah Zarina akan saman blog hiburan

Sharifah Zarina Akan Saman Blog Hiburan | Sharifah Zarina akan bertindak menyaman sebuah blog tempatan "Jom Sembang" kerana telah menggunakan gambarnya dengan satu cerita yang mengaibkan.

Sharifah Zarina Akan Saman Blog Hiburan

Selain itu, Sharifah Zarina mahu penulis blog tersebut bertanggungjawab diatas kesalahan yang telah memalukan dan menjatuhkan imejnya sebagai seorang artis.

"Saya tahu siapa dia dan alamat dimana blog berkenaan beroperasi, namun saya sengaja ingin memberitahu media tentang perkara ini agar ia dijadikan iktibar dan penulis berkenaan tidak mengulangi kesalahan ini lagi.
"Saya juga mahu blog-blog hiburan terutamanya yang berdaftar lebih beretika dalam menyiarkan berita-berita mereka.


"Cara mereka mencuri gambar dan meletakkannya pada cerita yang salah telah menyebabkan saya dan keluarga menanggung malu,".

Sharifah Zarina memberi tempoh selama 14 hari sebelum mengambil tindakan saman kepada blog hiburan terbabit jika tidak memadam gambar-gambarnya dan tampil meminta maaf.

"Dia ambil gambar saya untuk cerita yang tiada kena mengena langsung, malah cerita tersebut tentang mangsa rogol.


"Dia juga tidak menulis gambar tersebut sebagai gambar hiasan, saya sedari perkara ini apabila ramai rakan-rakan dan peminat menyatakan kurang senang dengan perkara itu," katanya.

Oleh itu, Sharifah Zarina telah membuat laporan polis pada Khamis lalu di Balai Polis Kampung Subang. - kazoom.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.