GEMPAR !!! Warga emas ditikam anak sendiri [SAKSIKAN...]

KOTA BHARU - Seorang anak sanggup menikam bapanya dengan menggunakan pisau dalam kejadian di Kampung Seterpa, Bukit Marak di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, Ibrahim Che Mod, 62,  ditikam anak ketiga dari empat anaknya, yang berumur 29 tahun di bahagian atas perut.

Bagaimanapun mangsa dilaporkan stabil dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk rawatan susulan.

Saksi yang merupakan anak saudara mangsa, Suali Mokhtar, 47 berkata dia yang bercuti sejak lima hari lalu ke Kelantan bersama keluarganya dikejutkan dengan kejadian itu, ketika sedang tidur di ruang tamu bersama isteri dan lapan orang anaknya sebelum dikejutkan dengar jeritan mangsa.

Akibat terkejut dengan jeritan itu dia kemudiannya bergegas ke bilik tidur bapa saudaranya dan mendapati kedua-dua beranak itu sedang bergelut sebelum melihat mangsa ditikam dengan pisau.

Menurutnya, dia terus membawa mangsa ke hospital sementara anak mangsa yang juga merupakan seorang penganggur pula bertindak melarikan diri dengan membawa pakaian menaiki kereta jenis Proton Wira.

“Saya juga tidak tahu punca pergaduhan itu, kerana pak cik (bapa saudara) saya tidak menceritakan apa yang berlaku semasa kejadian. Namun saya difahamkan dua beranak itu sering kali berselisih faham," katanya.

Isteri Suali, Fairuz Che Mat, 42, pula berkata, dia, suami serta lapan orang anaknya itu sebenarnya sedang bercuti di rumah bapa saudara mereka itu sejak lima hari lalu dan tidak menyangka kejadian seumpama itu berlaku.

Fairuz berkata, mangsa hanya tinggal berdua dengan anaknya manakala tiga lagi anak warga emas itu masing-masing tinggal di Machang dan Ipoh.

“Saya dan keluarga yang tinggal di Kuala Lumpur akan meluangkan masa melawat bapa saudara  setiap kali musim cuti sekolah. Cuti kali ini jelas memberi pengalaman menakutkan kepada saya yang sehingga kini masih terkejut dengan kejadian itu," katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian ini. - SH.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.