PADAH !!! Wanita sarat mengandung goda lelaki


MELAKA - Seorang wanita yang sedang sarat mengandung dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan menipu seorang lelaki untuk berkahwin sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM29,840.

Mimi Sahima Ismail, 29, dijatuhi hukuman tersebut oleh Majistret Syajaratudur Abd. Rahman selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan yang didakwa ke atasnya.(gambar hiasan)

Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada 25 Mei 2012 hingga 7 Jun 2012.

Terdahulu, tertuduh yang hanya diwakili peguam daripada Pelatih Dalam Kamar (PDK) dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan hukuman yang rendah terhadap tertuduh.

Kata peguam PDK itu, tertuduh sedang sarat mahu bersalin di sisi ibunya dan tidak mahu melahirkan anak di dalam penjara.

Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Nizam yang mengendalikan kes bagaimanapun memohon mahkamah memberi hukuman setimpal kerana jumlah wang yang rugi dalam kes ini tidak dapat dikembalikan.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.