Ziqa AF2015 Tak Puas Hati Sebab Tersingkir

Pelajar #AF2015 Ziqa akui tidak dapat menerima hakikat bahawa namanya diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir di konsert kedua #AF2015.

Malah Ziqa juga hampir pengsan sebaik sahaja mengetahui keputusan penyingkiran tersebut.

Menurut Ziqa, kejadian itu berlaku kerana dia terlalu meletakkan harapan yang tinggi selain belum masih belum bersedia untuk meninggalkan fakulti.

“Sebenarnya saya dah dapat rasa bahawa saya yang akan tersingkir berdasarkan peratusan undian sejak minggu lalu.

“Tapi secara jujur saya memang tak puas hati apabila saya tersingkir di konsert kedua kerana saya belumbersedia lagi untuk tinggalkan akademi.

“Kecewa sebab tak dapat capai ke tahap yang saya mahukan. Sejak masuk akademi saya dah letakkan matlamat sekurang-kurangnya akan berjaya hingga ke final.

“Jadi bila tak dapat capai target, itu yang buatkan saya rasa sangat kecewa. 


Saya anggap rezeki saya hanya setakat sini saja.”katanya.

Ketika ditanya mengenai persembahannya, Ziqa memberitahu keadaan kesihatannya agak kurang memuaskan namun bersyukur kerana berjaya membuat persembahan dengan baik.

“Tekak saya sakit sejak daripada konsert penentuan dan tenaga pengajar juga telah menasihati saya supaya tidak terlalu memaksa untuk menyanyi.

“Jadi untuk beberapa minggu itu saya tak boleh nak beri tekanan sangat pada vokal saya… Apa yang mereka belajar vokal pun saya tak boleh nak ikut sangat kerana keadaan kesihatan.

“Tapi untuk malam konsert ini saya memang ‘all out’ dan berikan yang terbaik.” katanya mengakhiri perbualan.

Ziqa atau nama sebenarnya nama sebenarnya Nurhusnina Haziqah Haharuddin telah menyampaikan lagu berjudul ‘G.I.G’ nyanyian asal kumpulan Elite.

Penyingkiran Ziqa telah diumumkan oleh hos AF2015 iaitu Zizan Razak dan Faizal Ismail sebagai pelajar pertama tersingkir dengan peratusan undian sebanyak 5.11%.












Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.