Punca Giuliana Rancic ucap selamat tinggal kepada E! News

Walaupun tidak lagi bersama E! News secara tetap, namun 
Giuliana Rancic (gambar) akan terus mengacarakan acara 
karpet merah bersama saluran itu dan juga rancangan 
Fashion Police.  -David Becker/Getty Images for 
Le Vian/AFP
PENGACARA televisyen terkenal Giuliana Rancic membuat kemunculan terakhirnya dalam E! News (terbitan saluran E! Entertainment – Astro 712) yang disiarkan di Amerika Syarikat pada malam Isnin.

“Saya bertuah dapat bekerja dengan rakan setugas yang begitu berbakat dan baik hati dalam dunia hiburan ini.

“Hari ini seolah hari tamat pengajian saya dan saya tidak sabar untuk fasa baharu dalam hidup saya,” kata Giuliana dalam episod akhir berkenaan kepada hos dan warga kerja E! News.

Menurut majalah People, setelah 14 tahun mengendalikan program hiburan itu, Rancic akan berpindah dari Los Angeles ke Chicago bersama keluarganya.

Rancic membuat kenyataan ingin meninggalkan program berkenaan pada bulan Julai di mana beliau dilapor mahu memfokus kepada projek televisyen bersama saluran Oxygen dan juga kepada perniagaan restoran miliknya bersama suami Bill Rancic serta label fesyen miliknya.

Walaupun tidak lagi bersama E! News secara tetap, namun Rancic akan terus mengacarakan acara karpet merah bersama saluran itu dan juga rancangan Fashion Police.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.