Kenapa Sharifah Sakinah Tidak Mahu Anak?

Pelakon Sharifah Sakinah menjelaskan dia belum lagi bersedia untuk menimang cahaya mata kerana mahu fokus dengan karier seninya.
Menurut Sharifah Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Shakinah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired, dia sedar kenyataan tersebut boleh menyinggung segelintir pihak namun ada alasan tersendiri untuk membuat keputusan demikian.
“Saya faham, mungkin ada yang salah faham dengan apa yang saya kongsikan. Rezeki dikurniakan anak ini, kita tak boleh dirancang, kalau sudah ditakdirkan saya terima dengan hati yang terbuka.
 “Antara faktornya saya ingin meneruskan pengajian dan ingin belajar kursus kecerdasan di di New York. Saya dijangka akan bertolak pada tahun hadapan sekitar bulan Mac selama 6 bulan,” kata Sakinah kepada portal Murai.
Sakinah yang ditemui pada Majlis Sidang Media Anugerah Lawak Warna 2015 di Maeps baru-baru ini turut memberitahu, dia tidak keseorangan sewaktu berada di New York. ditemani oleh suaminya, saudara mara dan rakan rapatnya selama sebulan dan seterusnya bergilir-gilir.
“Saya tak boleh duduk seorang diri di negara orang, nanti saya cepat bosan dan mungkin akan hilang fokus dengan kursus tersebut.
“Tujuan saya ikuti kursus tersebut adalah untuk menimba pengalaman serta ilmu pengetahuan mengenai senamrobik, zumba dan lain-lain memandangkan saya memiliki kelas ‘Fitness’. Jadi apabila pulang ke Malaysia saya boleh kongsi pelbagai perkara baru kepada yang mengikuti kelas saya,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu Sharifah Sakinah turut terkejut dan tidak menyangka berjaya meraih Anugerah Pelakon Wanita Komedi Popular buat kali kedua di Anugerah Lawak Warna 2015 (#ALW20015).
“Saya berasa syukur dan terharu dengan sokongan peminat yang masih lagi mempercayai bakatnya dalam bidang lakonan terutama untuk watak komedi yang dibawa oleh saya.
“Bagi saya, mereka mengundi saya disebabkan watak saya dalam Telemovie Girlfriend Aku Dari Neraka yang saya sendiri rasa amat kelakar dan mencuit hati. Susulan daripada watak itu juga, saya banyak dapat tawaran untuk melakonkan watak komedi,” katanya mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.