GEMPAR !! PAK LAH PULA TEKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA NAJIB..



Seorang lagi tokoh tampil mendesak Perdana Menteri supaya jangan terus berdiam diri terhadap kritikan dibuat Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kata Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak perlu memberi reaksi kepada kritikan dibuat Dr. Mahathir.


"Najib perlu melakukan sesuatu,sesiapa yang menjadi Perdana Menteri bertanggungjawab kepada rakyat dan Najib tidak sepatutnya berdiam diri", katanya. 

Abdullah berkata, menjadi perkara biasa bagi seseorang pemimpin menyuarakan pandangannya kepada rakyat. Najib perlu melakukan sesuatu bagi menangani serangan Dr. Mahathir kerana jika tidak, ia akan memberi kesan buruk kepada UMNO dan rakyat.



Ditanya sama ada Najib perlu meletak jawatan sebagai Perdana Menteri atau sebaliknya, Tun Abdullah menjawab , "Dia mesti membuat keputusan itu". Sementara itu, ditanya apa yang perlu dilakukan pihak lain yang terbabit dalam persengketaan Najib dan Dr.nMahathir, Tun Abdullah menjawab, "Cuma buat kerja masing-masing sudah ".

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.