Mahkamah tolak saman keluarga Sarbaini


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak saman yang difailkan oleh keluarga pegawai kastam, Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamad, yang meninggal dunia di premis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane empat tahun lalu.


Hakim Datuk Kamaludin Md Said berkata atas imbangan kebarangkalian, kes plaintif tidak dapat dipertahankan.
Mahkamah menolak tuntutan itu dengan kos RM10,000.
Bagaimanapun, Hakim Kamaludin memutuskan bahawa Ahmad Sarbaini berada di bawah penjagaan dan kawalan SPRM pada masa kematiannya.
Dalam reaksinya, peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Maziah Manap, isteri allayarham, berkata beliau akan menunggu arahan dari anak guamnya yang mempunyai 30 hari, mulai hari ini untuk merayu keputusan itu.
Maziah yang terlalu sedih untuk bercakap dengan pemberita, berkata: "Saya harap anda faham."

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.