Tuan Ibrahim tewaskan Mat Sabu

Tuan Ibrahim Tuan Man
KUALA SELANGOR - Jawatan Timbalan Presiden Pas beralih tangan apabila penyandangnya, Mohamad Sabu kalah dengan pencabarnya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu hanya meraih 279 undi berbanding Tuan Ibrahim yang mendapat 881 undi.

Jawatan tersebut sebelum ini pernah disandang oleh Nasharudin Mat Isa.

Manakala, jawatan Naib Presiden berjaya dimenangi oleh Idris Ahmad dengan 896 undi, Datuk Iskandar Samad (672) dan Datuk Mohd Amar Abdullah (710).

Tiga pencabar lain termasuk dua penyandangnya, Salahuddin Ayub (435) dan Datuk Husam Musa (317) gagal mempertahankan kedudukan.
Datuk Mahfuz Omar juga tewas dengan hanya mendapat 378 undi.


Oleh: RAZIATUL HANUM A.RAJAK@sinar

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.