Najib 'nasihatkan' Palanivel patuh arahan RoS - Sumber

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah ‘menasihatkan’ Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel agar patuh pada arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang meminta diadakan semula pemilihan dalam parti itu selepas keputusan pemilihan tahun 2013 dibatalkan, kata sumber Astro AWANI pada Selasa.

Pemimpin parti yang juga ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) tersebut juga memberitahu kedua-dua pemimpin itu telah bertemu pada pagi Selasa untuk membincangkan isu krisis dalaman MIC.

“Najb telah memberitahu Palanivel supaya patuh pada arahan RoS. Itu saja yang saya boleh sahkan,” ujar sumber tersebut.

Sumber berkenaan juga menafikan khabar angin mengatakan bahawa Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, akan sekali lagi mengetuai proses pemilihan bersama ahli-ahli CWC yang dilantik.

“Tidak, saya tidak fikir begitu. Dialah punca bagi segala masalah ini,” katanya.

Dalam surat RoS bertarikh 23 Jun ada dinyatakan bahawa persetujuan untuk pemilihan semula akan dikendalikan oleh interim CWC 2009-2013.

Parti tersebut mempunyai masa sehingga Oktober untuk menjalankan pemilihan semula itu.

Semalam, Bernama melaporkan Palanivel bertemu Najib dalam sebuah mesyuarat tertutup pada kira-kira  jam 9 pagi di pejabat Perdana Menteri, namun butiran mengenai pertemuan itu tidak didedahkan.

Sumber: Awani

Untuk kesihatan kelakian terbaik, dapatkan dari Noireich Herbal


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.