Tak Percaya? Ops Barang Tiruan Petaling Street KPDNKK, 2 Peniaga Jual Barang Tiruan



Kenapa? Tak percaya?

Serius, memang sukar nak percaya.. 

Apapun, tahniah kepada  KPDNKK kerana telah berjaya menjalankan operasi Barang Tiruan di Petaling Street.

Dalam serbuan tersebut KPDNKK mendapati hanya dua orang peniaga telah menjual pelbagai barang tiruan.

Alhamdulillah mungkin peniaga-peniaga di sana sudah mulai sedar bahawa adalah menjadi satu kesalahan jika menjual barang-barang berjenama tiruan.

Kalau begitu banyaklah butik jenama original yang terdapat di Petaling Street dan mungkin selama ini kita beli barang original cuma dijual murah.

Apa pun ramai yang mempersoalkan dan tak percaya cuma ada 2 peniaga yang jual barang palsu. Anda bagaimana? Percaya?

Sumber >> FB University of Life

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.