EPL: Tonggak Brazil bakal perkuat Liverpool

LONDON: Liverpool kini semakin hampir menyelesaikan perjanjian untuk membawa masuk Roberto Firmino, sebagai pemain paling mahal dalam sejarah pembelian kelab itu.

Pemain antarabangsa Brazil itu yang kini beraksi pada saingan Copa America, dijangka memaksa skuad The Reds membelanjakan sebanyak STG28 juta (RM165.260 juta) dan jika perpindahan itu dipersetujui, bayarannya hanya diatasi oleh Andy Carroll. 

Firmino yang ketika ini bermain untuk pasukan Hoffenheim, dalam saingan Bundesliga Jerman, turut berada dalam radar pesaing The Reds iaitu Manchester United. Namun Liverpool bekerja keras untuk membawanya ke Anfield dan sudah menghantar delegasi pencari pemain di Chile, tuan rumah bagi temasya Copa America.


Roberto Firmino


Mereka kini disertai Ketua Eksekutif kelab, Ian Ayre yang mahu menyelesaikan segera pembelian itu. Firmino bermain hampir sama posisi dengan Raheem Sterling, namun Liverpool menolak sebarang andaian pembelian itu berkait dengan konflik yang mengaitkan pemain itu hendak berpindah ke Manchester City. 

City setakat ini belum memberi maklum balas terhadap tawaran membeli pemain berkenaan. Liverpool sehingga kini sudah membawa masuk James Milner, Danny Ings dan Adam Bogdan, serta Joe Gomez daripada Charlton. 

Pasukan itu juga dijangka turut mengikat Nathaniel Clyne daripada Southampton.
- AGENSI


BH

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.