PRK P51 Parlimen Bukit Gelugor 25 Mei

Putrajaya: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mei hari penamaan calon dan 25 Mei pengundian untuk kerusi P51 Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang.

Pengundian awal pula ditetapkan pada 21 Mei ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam sidang media sebentar tadi berkata, pemilihan 25 Mei berikutan mulai April ini hingga akhir Mei ada beberapa peristiwa penting.

Katanya, peristiwa itu adalah Persidangan PKR pada 25 April hingga 11 Mei; 1 dan 13 Mei cuti Hari Pekerja dan Wesak; 19 hingga 23 Mei Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Menurutnya, kos perbelanjaan untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor ialah RM1.9 juta membabitkan 82,431 pemilih.

Abdul Aziz berkata, 21 pusat mengundi akan dibuka membabitkan 17 pusat mengundi biasa dan empat pusat pengundian awal.

"SPR melantik 1,095 petugas pilihan raya dengan seorang pegawai pengurus pilihan raya iaitu Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang, Kapten (B) Ir Anuar Yahya," katanya.

PRK berkenaan diadakan selepas penyandangnya Karpal Singh maut dalam kemalangan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan arah utara kira-kira 1 pagi 17 April lalu.

Pembantu peribadi Karpal, C Michael, 39, turut maut dalam kejadian berkenaan.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.