GEMPAR !!! Kilang Synergy Health terbakar, bomba sahkan tiada kebocoran Radioaktif

Rawang: Penduduk sekitar daerah ini gempar apabila sebuah mesin yang menggunakan bahan radiasi bagi menjalankan aktiviti pensterilan produk kesihatan di Taman Industri Integrasi Rawang, di sini, terbakar jam 5.59 pagi tadi.

Difahamkan, kerisauan penduduk berpunca daripada mesej yang tersebar melalui laman media sosial seperti Facebook dan Whatsapp mendakwa sekiranya berlaku letupan akan berlaku radiasi yang mampu tersebar sejauh 100 kilometer.

Bagaimanapun, pihak bomba bersama pegawai Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) yang tiba untuk menjalankan pemantauan mengesahkan paras radioaktif di lokasi kejadian berada di bawah 0.2 microsievert.

Komander Operasi Penguasa Bomba Mohd Haikal Md Kasri berkata, pihaknya menerima maklumat awal terdapat kebakaran di bahagian 'bunker' kilang berkenaan.


“Jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang tiba di lokasi pada jam 6.01 minit dan berjaya mengawal kebakaran.

“Tiada kebocoran dan bacaan luar biasa terhasil selepas pihak bomba dan pegawai AELB melakukan pemeriksaan di kilang ini.

"Hasil pemantauan lanjut mendapati bacaan paras radiasi adalah normal iaitu sekitar 0.14 dan paling tinggi 0.18 microsievert yang tidak mendatangkan risiko kepada penduduk di kawasan ini,” katanya ketika ditemui di lokasi, tadi.

Beliau berkata, kebakaran tidak membabitkan produk atau sebarang bahan beradioaktif yang berada di dalam kilang berkenaan.

“Operasi kali ini membabitkan seramai 39 anggota bersama dua jentera (water tanker), tiga jentera pemadam api jenis Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan sebuah jentera dari Unit Bahan Berbahaya (Hazmat),” katanya. - myMetro.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.