GEMPAR !!! Staf MAS Dikurung Di Hotel Lido Berkaitan Isu MH370

Subang: Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan kakitangannya ditahan di Hotel Lido, di Beijing, China, kelmarin oleh keluarga penumpang pesawat MH370, selepas tidak berpuas hati kerana gagal mendapat maklumat mengenai pesawat berkenaan.

Kejadian jam 3 petang itu dipercayai berpunca selepas lebih 200 ahli keluarga penumpang berang berikutan permohonan mereka untuk mengadakan pertemuan dengan pegawai atasan Kerajaan Malaysia bertukar dengan satu sesi taklimat yang hanya dihadiri kakitangan MAS.

Seramai 10 kakitangan MAS hadir pada sesi berkenaan dikurung oleh sebahagian ahli keluarga sebelum 60 lagi menuju ke pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Beijing untuk meminta pegawai kedutaan bertemu mereka sekiranya mahu semua kakitangan MAS itu dilepaskan.

Bagaimanapun, semua kakitangan itu dilepaskan pada jam 1.44 pagi semalam. 

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.