Tiada siapa datang membantu kecuali Afdlin - Suriati


Suriati Mohd Noor mendedahkan menjalani kehidupan yang amat sempit dan menyedihkan selepas pemergian suaminya. Beliau adalah balu Allahyarham Harun Salim Bachik.

Suriati juga mendedahkan sikap rakan baik Harun iaitu Afdlin Shauki setelah ketiadaan Harun Salim Bachik yang meninggal baru-baru ini.  "Tiada, Hanya Afdlin Shauki Sahaja". Afdlin banyak membantu termasuk menanggung anak Harun Salim Bachik ke sekolah.

"Kak Su nak ucap terima kasih kepada Afdlin Shauki, kalau tak kami tak raya hari tu (menahan sebak). Melodi juga. Sekarang Afdlin tanggung anak-anak sekolah. Terima kasih banyak-banyak, sebab tolong kami sekeluarga"

 "Walau Kak Su tak berapa rapat dengan Afdlin, tapi nak ucap terima kasih sebab tolong kami. Hanya Allah boleh balas apa yang dia tolong kami,"


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.