31 Tahun FAM Masih ‘Tidur’ & 4 Sebab Lain Kenapa Stadium Shah Alam ‘Berasap’


Semalam telah berlangsungnya perlawanan kelayakan Kumpulan A Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 diantara Malaysia menentang Arab Saudi. Namun perlawanan terpaksa dihentikan apabila berlaku insiden membaling suar ke dalam padang oleh segelintir peminat.
Orang ramai yang turut menyaksikan insiden ini meluahkan pandangan masing-masing. Ada yang menganggap ianya satu tindakan yang memalukan negara namun ada juga yang menyokong.
Tapi tahukah korang yang insiden ini sebenarnya telah dirancang awal dan mempunyai sebab yang tersendiri?

Jemputan Meraikan FAM


Ekoran kekalahan teruk 10-0 kepada Emiriyah Arab Bersatu tempoh hari, kemarahan peminat setia bola sepak negara sudah tidak dapat dibendung lagi.


Tidak tahan dengan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM, satu jemputan ‘acara’ khas buat FAM telah dirancang dan disebarkan menerusi laman sosial.

31 tahun masih tidur?

fammm
Untuk rekod, dibawah pemerintahan presiden FAM yang sedia ada kini, Malaysia tidak pernah layak ke Sukan Olimpik, Piala Asia, apatah lagi Piala Dunia.
Screen Shot 2015-09-09 at 12.59.14 AM
Pelbagai bantahan dan rasa tidak puas hati telah dilaungkan kepada pihak FAM namun ianya sia-sia apabila prestasi skuad bola sepak negara terus merudum.

Dulu kita power, sekarang kita selalu kena ‘ayam’

suar6
Kalau korang ingat, pasukan bola sepak negara cukup kuat satu ketika dahulu. Negara seperti Jepun, Korea, Arab Saudi dahulunya pernah ditewaskan oleh pasukan Malaysia.
Namun kini negara mereka sudah beberapa kali memasuki Piala Dunia sedangkan kita masih terkial-kial di Piala Asia.

Ranking jatuh tak naik-naik

Screen Shot 2015-09-09 at 1.36.09 AM
Untuk rekod, dibawah pemerintahan presiden kini, ranking Malaysia jatuh ke tangga 169  dunia dari tangga ke 77 pada tahun 1993.
Lebih memalukan negara kecil seperti Timur Leste kini berada di kedudukan ranking lebih baik berbanding Malaysia.

Baling suar bukan sebab kalah tapi..

mercun
Mereka yang membaling suar ke dalam padang semalam bukan takut akan kekalahan kerana kekalahan itu perkara biasa buat Malaysia.
Sebaliknya mereka mahu pihak yang berkenaan terutamanya FAM buka mata setelah 31 tahun didakwa ‘tidur lena’.
Sebenarnya banyak lagi perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati peminat bola sepak negara namun kami rasa cukuplah dengan 5 sebab ini. 
Apa-apa pun tahniah kepada pemain Malaysia yang menunjukkan satu permainan yang bertenaga semalam. Cuma hakikat yang terpaksa diterima, kita sudah jauh ketinggalan.
Sumber : HarimauMalayaUltrasMalaya Ohbulan


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.