Kenyataan anak Zahid Hamidi dibalas pedas oleh bekas pendebat terbaik Asia

Kenyataan balas daripada Nurulhidayah Ahmad Zahid tentang haknya untuk bersuara berhubung Perhimpunan Bersih, mendapat reaksi yang pelbagai daripada masyarakat.

Antara yang meluahkan pendapat adalah bekas Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.


Saddiq, melalui laman Facebook berkata, Nurulhidayah perlu mnghormati hak orang lain juga untuk bersuara.


Tambah Saddiq, ribuan orang awam yang turun menyertai perhimpunan tersebut adalah kerana mahu suara mereka didengari.


Graduan Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa itu turut menjelaskan, hak untuk bersuara adalah satu lambang negara yang bebas dan demokratik.





Menurut Saddiq, jika Nurulhidayah merasakan dia ada hak untuk menyuarakan pendapat, dia seharusnya sedar hak yang sama juga dimiliki orang lain sebagai warganegara.
Nurulhidayah, yang merupakan anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini menyelar pihak yang mengecam tindakannya mengkritik Perhimpunan Bersih.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.