GEMPAR !!! Mayat tanpa kepala yang ditemui di Pantai Batu 6 dekat Rompin

GEMPAR !!! Mayat tanpa kepala yang ditemui di Pantai Batu 6 dekat Rompin | KUANTAN - Mayat tanpa kepala yang ditemui di Pantai Batu 6 Janglau dekat Rompin semalam dipercayai remaja yang dilaporkan hilang semasa memancing bersama bapanya pada 16 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Rompin Superintenden Johari Yahaya berkata mangsa, Muhd Ikhmal Danial Mohamad, 17, beralamat di Taman Inderapura di sini, dan tidak lagi bersekolah.

Katanya mengikut laporan polis yang dibuat bapanya, Mohamad Isa, 40-an, pada hari kejadian, dia dan mangsa keluar memukat ikan dengan sebuah bot bersama tiga lagi rakannya di perairan Chukai, Kemaman.

Johari berkata ketika sedang memukat ikan di kawasan perairan itu, mangsa yang berada di dalam bot tiba-tiba terjatuh ke dalam laut.

"Mohamad bersama tiga rakannya itu cuba mencari dan menyelamatkan mangsa namun gagal lalu bergegas membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pengecaman setakat ini berdasarkan pada baju yang dipakai mangsa dan tulisan namanya pada belakang baju dengan pen marker.

"Polis juga sudah memaklumkan kepada keluarganya dan mayat akan dituntut pada hari ini bagi urusan pengebumian," katanya.

Mayat tanpa kepala itu ditemui terdampar di tepi pantai terbabit oleh dua nelayan yang sedang mengutip botol kira-kira 8 pagi semalam. - Bernama

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.