Jumaat, 31 Januari 2014

BONGKAR !!! Kecanggihan sut RoboCop 2014

Bagi generasi yang lahir sekitar 1980-an mahupun 1990-an pasti mempunyai kenangan tersendiri menjadi pengikut kepada karya berunsurkan ‘sci-fi’ atau sains fiksyen iaitu RoboCop.

Digilai dan sememangnya kebangkitan genre filem sebegitu pada era berkenaan menjadikan dunia semakin obses dengan teknologi apatah lagi karya itu dipersembahkan secara realiti.

Diterbitkan kali pertama pada 1987, dua sekuel filem berkenaan kemudian menyusul pula iaitu RoboCop 2 pada 1990 dan RoboCop 3 pada 1993.

Mengangkat kisah manusia normal yang bertugas sebagai polis, seorang lelaki terpaksa akur apabila demi mengembalikan semula hidupnya, dia perlu memakai sarung robot buat selamanya.



SUT warna hitam kelainan terbaru filem ‘remake’ itu.

Berbekalkan imaginasi yang sangat menarik, pengarah RoboCop pertama Paul Verhoeven itu berjaya meninggalkan impak tersendiri apabila tampil idea bukan adiwira sebaliknya manusia biasa diberikan peluang istimewa.

Berikutan berbisanya kisah itu sehingga sekarang apabila masih disebut-sebut manakala generasi baru pula tidak sempat merasa sendiri gelombang kegemilangan RoboCop dulu, versi terbaru RoboCop 2014 pula dihasilkan.

Pastinya disuntik dengan elemen kontemporari dan sejajar dengan kemajuan industri kreatif filem sekarang, filem ‘remake’ untuk RoboCop pertama itu nyata lebih dramatik serta segar.

Begitu juga dengan watak utama di mana aktor seperti Peter Weller (1983 & 1990) dan Robert John Burke (1993) mempunyai keistimewaan tersendiri apabila dipilih berdasarkan bukan populariti sebaliknya kebolehan mengangkat watak itu.

Untuk ‘remake’ filem itu kali ini juga, aktor kelahiran Sweden-Amerika, Joel Kinnaman, ternyata bukanlah antara nama yang cukup dikenali namun diberi kepercayaan meng­galas watak dinamakan Alex J Murphy terbabit.

Diarahkan pengarah kelahiran Brazil Jose Padilha, ironinya filem berkenaan bertapak di Amerika Syarikat dan meneliti profil pengarah berkenaan ternyata dia hanya memulakan karier pengarahan bermula 2002.

Syarikat Screen Gems membuat pengumuman mengenai penerbitan semula filem berkenaan pada 2005 namun menemui kepincangan sementara apabila tahun berikutnya filem itu dibatalkan.

Awalnya mempertanggungjawabkan Darren Aronofsky dan David Self untuk mengarah serta menulis cerita itu, bagaimanapun 2010 menarik diri sebelum 2011 Padhila diberikan kerusi pengarah.

Saban tahun, pembikinannya filem itu ditangguh banyak kali sehinggalah akhirnya pada 2012, Metro-Goldwyn-Mayer Columbia Pictures (MGM) mengumumkan secara rasmi memilih 2013 untuk menayangkan filem berkenaan.

Bagaimanapun, ia ditangguh lagi dan akhirnya ditayang­kan tahun ini di mana RoboCop 2014 sudah masuk ke panggung bermula hari ini dan turut ditayangkan di pawagam IMAX.


Kinnaman bermandi peluh

Apa yang pasti, dalam filem terbaru itu paling menarik perhatian semestinya sut dipakai watak Alex J Murphy yang berwajah baru mengenakan warna hitam pula selain reka bentuknya yang menarik.

Jika melihat kepada ‘trailer’ saja, sut itu digambarkan sangat hebat dengan teknologinya jauh lebih maju apabila sistem perkomputerannya mampu mengatasi sistem lain daripada pelbagai sudut.

Bagaimanapun, merasai sendiri pengalaman me­nyarung lama sut itu, Kinnaman mengakui ia tidak seindah yang bakal dilihat penonton kerana banyak masa dia sebenarnya tidak selesa mengenakan sut itu.

“Pertama kali saya menyarung sut berkenaan, cuaca di Los Angeles ketika itu memang sedang berbahang dan bayang­kanlah bagaimana saya yang berada dalam sut tebal itu.

“Memang sangat tidak selesa dan setiap masa menggaru sana-sini. Sut itu sangat berat sehingga menolak jatuh bahu saya.

“Sudah basah lencun saya berpeluh-peluh dalam sut itu sehingga 20 minit saja bertahan, saya minta kebenaran untuk menanggalkan­nya,” katanya.

Kerenah Kinnaman itu juga turut menarik perhatian rakan pelakonnya Michael Keaton yang melakonkan watak Raymond Sellers di mana secara peribadi meskipun dia mengagumi Kinnaman namun takkan simpati padanya.

Mana tidaknya, dia yang pernah menyarung sut Batman pada 1989 dan 1992 sudah terlebih dulu merasa semua itu namun tidak menyangkal pengalaman menyarung sut sebegitu memang menyeksakan.

“Saya adalah jenis yang sukakan kopi, makan pelbagai jenis vitamin dan kuat minum air namun apabila menyarung sut berkenaan, saya tidak dapat buat semua itu demi mengelakkan pergi ke tandas berulang kali.

“Saya jenis mudah sesak nafas dan berada dalam sut itu sebenarnya membuatkan saya jadi panik. Memang sangat-sangat menakut­kan!” katanya.

RoboCop 2014 mengisahkan seorang pegawai polis ditimpa kemalangan paling teruk apabila keseluruhan anggota badannya hampir musnah selepas terbakar akibat keretanya meletup.

Kebetulan sebuah syarikat gergasi sedang mencari penye­lesaian terbaik sebuah teknologi ciptaan terbaru mereka dan melihat kemalangan Alex Murphy itu sebagai satu kesempatan.

Bermulalah hidup Alex menjadi seorang manusia robot yang mana dalam pada berkhidmat untuk membanteras kejahatan, dia turut tercari-cari punca sebenar bagaimana dia boleh terbabit dalam rancangan itu. - myMetro.

GEMPAR !!! Hidangan 'telanjang' dalam penerbangan MAS

SIAPA yang tak kenal chef selebriti terkemuka Malaysia, Chef Wan? haa.. ni BF nak bagitau korang semua...

Bukan sahaja ‘otai’ dalam bidang masakan, malah namanya sudah berdiri setanding dengan chef-chef terkemuka antarabangsa.

Baru-baru ini, Chef Wan yang menaiki penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok, Thailand meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap nasi lemak yang dihidangkan dalam pesawat milik Malaysia Airlines (MAS).

Menggelarnya sebagai ‘telanjang’, dia kesal kerana menu tersebut kelihatan tidak sempurna tanpa timun, kacang dan ikan bilis.

Menerusi gambar yang dimuatnaik di akaun Instagramnya, nasi lemak tersebut hanya dihidangkan bersama sambal dan telur rebus sahaja.

Baginya, ia secara tidak langsung memberi gambaran negatif pada orang luar yang tidak pernah melihat nasi lemak yang sebenar sebelum ini.



Berikut merupakan ‘caption’ penuh yang ditulisnya:
“I flew on economy to Bangkok thinking its such a short trip and so early pulak tu pasti i will close my eye and have a short nap tak payah lah membazir duit naik business class. This Sad looking Nasi Lemak from Mas for sarapan sungguh memeranjat kan..The fact that its our national career and we dont take pride in providing our so call most famous Malaysian breakfast that kita Agong2 kan bangga serata dunia and to show case this on international flight without the proper timun and kacang serta ikan bilis nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini. Kita orang Malaysia sudah pasti la tahu akan quality Nasi lemak serta pilihan lauk2 that goes along with it but hey….what about all that international travellers. Seriously i feel sad that our Msian Breakfast can suffer its own image so misleading to the point where i felt the need for them to realised how serious this can be. Why la so much in consistency when it come to serving This dish at various destinations? Why my flight ticket cost me rm850 tu maka its not business class enough ke that i am serve Nasi and Sambal with telor that make my breakfast so mcm ” Telanjang la” Come on la Mas tak kan kita nak selalu membebel pasal simple basic thing of serving the country national heritage food and dah macam pahat serta pemukul? Why sent letters to act on my complain and appology and then repeat back the same mistake? Hello am i being to difficult here or being sensible to request for a normal Nasi Lemak?”
Sejujurnya, penulis bersetuju dengan kata-kata Chef Wan itu. Setakat timun dan ikan bilis, berapa sangatlah jika dibandingkan dengan harga tiket yang sudah dibayar?

Lebih penting lagi, nasi lemak ni dah umpama makanan rasmi kita … janganlah hidang dalam keadaan yang menghilangkan seri dan imej masakan itu.

Sebelum ini, Chef Wan pernah menegur sebuah restoran di hotel lima bintang kerana menggunakan resepi yang kurang tepat untuk Laksa Nyonya.

Dia yang juga Duta Pelancongan Makanan Malaysia berkata, kesilapan resepi akan memberi imej buruk pada industri pelancongan di negara ini.

Ada baiknya pihak-pihak tersebut mengambil positif teguran Chef Wan itu. Tambah-tambah pula, tahun 2014 ialah Tahun Melawat Malaysia.

Kan dah kena... Jangan kerana nila setitik, rosak pula susu sebelanga… tak gitu?

TRAGIS !!! Budak perempuan 7 tahun mati dikelar bapa

BANGI - Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi di sini, petang tadi.
   
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata dalam kejadian 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari.
   

"Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
    
Beliau berkata seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun dapat menyelamatkan diri daripada bapa mereka, yang bersenjatakan sebilah parang dalam kejadian itu.
   
Menurutnya anak perempuannya berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah teres dua tingkat itu.
   

"Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia terus menjerit dan memanggil abangnya yang berada di tingkat atas.
   
"Abangnya meluru keluar dari bilik dan melihat keadaan di tingkat bawah lalu meminta adiknya itu segera berlari ke tingkat atas dan bersembunyi di dalam bilik sebelum dia menghubungi polis," katanya.
   
Abd Rahim berkata ketika tiba, polis mendapati dua anaknya yang cedera berada di ruang tamu dan segera membawa mereka ke Hospital Kajang dekat sini untuk rawatan.
   
Polis menjumpai mayat anak perempuannya yang dikelar di leher, di bilik tingkat bawah rumah itu

   
"Mayatnya dihantar ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat," katanya.

Menurutnya semasa kejadian itu, ibu mangsa berada di tempat kerjanya di Cyberjaya.
   
Susulan kejadian itu, polis mencari lelaki berusia 44 tahun itu dan menemuinya di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira 6 petang.
   

"Suspek dijumpai dalam keadaan murung, basah dan cedera di kepalanya. Polis percaya suspek telah terjun ke dalam sungai tetapi naik ke tebing kemudian," katanya.
   
Abd Rahim berkata polis turut merampas sebilah parang daripada lelaki itu.
   
Lelaki itu yang menganggur sejak dua tahun lepas, tidak mempunyai rekod jenayah dan mungkin mengalami masalah mental, katanya.
   
Sementara itu, seorang jiran keluarga itu, yang enggan dikenali, berkata ibu mangsa kini berada di Hospital Kajang bagi menemani anak-anaknya yang cedera.
   
Wanita itu berkata keluarga mangsa sangat dihormati oleh jiran-jirannya kerana mereka sekeluarga rajin solat berjemaah di surau kawasan perumahan itu. - Bernama

Khamis, 30 Januari 2014

[SAKSIKAN...] Gunung Kinabalu Dilitupi Kristal Ais, Fros

Lapisan fros meliputi tanah dan tumbuh-tumbuhan di Laban Rata di Gunung Kinabalu. Foto ihsan Mestianna Eil Inda

KOTA KINABALU: Suhu rendah yang luar biasa di Sabah menyebabkan lapisan fros meliputi tumbuh-tumbuhan di Gunung Kinabalu, terutamanya berhampiran Panar Laban dan Laban Rata pada ketinggian hanya lebih 3,000 meter.
Selain itu, suhu yang sejuk itu telah membekukan titisan air kabus yang meliputi gunung.
"Ia seperti kristal ais kecil di udara yang cair apabila ianya menyentuh kulit anda. Ia sesuatu yang ajaib," kata pemandu pelancong berpengalaman, Tham Yau Kong.
Pengembara dan kakitangan rumah rehat Laban Rata menyedari kewujudan fros dan kristal ais sejak tiga hingga empat hari lalu.
Tham, yang mengatakan dia telah mendaki gunung kira-kira 500 kali berkata, dia menyedari keadaan fros di puncak itu dianggarkan 20 kali.
"Ia bukan satu fenomena baru.
"Saya pasti fros itu disebabkan oleh suhu lebih sejuk daripada biasa kita alami di Sabah sejak dua minggu lalu," katanya pada Khamis. - mStar

GEMPAR !!! Lelaki Nyaris maut kereta Myvi terjunam dari tingkat 4

KOTA KINABALU: Seorang lelaki parah apabila kereta Perodua Myvi yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh dinding konkrit sebelum terjatuh dari tingkat empat bangunan letak kereta di sebuah pusat beli belah di Kompleks Asia City, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi tadi

Mangsa berusia 50-an ditemui dalam keadaan tersepit namun berjaya diselamatkan oleh sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kota Kinabalu sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan patah tangan kiri namun dilaporkan berada dalam keadaan stabil. - myMetro

BONGKAR !! Kisah Benar Kehidupan Jep Sepahtu Sebelum Jadi Pelawak

Hari nih aku cerita sikit pasal Kisah Benar Kehidupan Jep Sepah Sebelum Jadi Pelawak . Okay, sejalan jalannya aku ke cik google untuk google kisah Hidup Jep Sepahtu . aku terjumalah artikel mengenai Jep Sepahtu ini atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin.

Kisah Benar Kehidupan Jep Sepah Sebelum Jadi Pelawak |  Mohd Nadzri Zainal Abidin atau Jep Sepah menceritakan keperitan hidupnya sebelum begelar pelawak satu ketika dahulu.
Kisah Benar Kehidupan Jep Sepah Sebelum Jadi Pelawak
Menurut Jep, dia dan dua teman serumahnya yang juga merangkap anggota bersekutu kumpulan Sepah terpaksa mengikat perut demi menyara kehidupan pada awal waktu menjadi artis.

Segenggam duit syiling pernah menjadi bantuan saat akhir Jep ketika kelaparan sewaktu mula-mula melangkah masuk ke dalam arena seni lima tahun lalu.

Lawak hambar bersama dua anggota kumpulan Sepah ketika itu iaitu Shuib dan Mamat pula penawar paling mujarab mengubat rasa putus asa bergelar penghibur.
“Saya pernah hampir berputus asa, hati ini mahu saja pulang semula ke kampung di Kulai, Johor. Bagaimanapun, saya bangkit dan membulatkan tekad serta yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama dan tiada perkara yang mustahil dilakukan dalam hidup,” kata Jep.

Dia yang ditemui wartawan kosmo sewaktu mencuri sedikit masanya yang sibuk dengan sesi rakaman program popular Karoot Komedia X musim kedua di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kemudian melanjutkan cerita.

“Ketika mula-mula bergelar artis kami tiada mentor untuk membuat rujukan atau meminta pertolongan. Sejujurnya kami terumbang-ambing dan pernah suatu ketika kami bertiga mengumpulkan saki-baki duit syiling yang ada untuk membeli nasi selepas seharian berlapar.

“Alhamdulillah, proses itu perlahan-lahan mendidik saya dan saya selesa dengan kedudukan sekarang. Saya tidak perlu terbang terlalu tinggi kerana takut terlupa cara mahu turun.”

Tambah Jep lagi, realitinya, permulaan Jep sebagai pelawak bertitik-tolak daripada rasa tercabar dengan teman-teman sekerja ketika bertugas sebagai krew di bahagian bagasi penerbangan tambang murah ketika awal usia 25 tahun.
“Takdir mungkin mengubah angin hidup saya. Saya tidak pernah terfikir atau memilih kerjaya sebagai pelawak, tapi jalan hidup saya berlaku secara kebetulan.

“Saya mahu jadi pemain bola sepak sebenarnya selepas tamat sekolah, tapi apabila gagal menyarung jersi pemain kebangsaan dan sasaran saya tidak tercapai, saya kecewa!,” ceritanya.

Dia kemudian memulakan sebuah kehidupan di Kuala Lumpur dengan bekerja sebagai pencuci mesin.
“Kerjaya saya di Kuala Lumpur bermula sebagai pencuci mesin selama tiga tahun sejak berumur 18 tahun di NSTP (The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad). Kemudian saya berpindah ke syarikat penerbangan tambang murah selama tiga tahun sehingga saya dicabar oleh rakan-rakan untuk mencuba nasib dalam uji bakat Raja Lawak musim ketiga.

“Apabila ditawarkan menyertai Raja Lawak, saya dalam dilema sebenarnya. Keluarga tidak menentang, tapi ayah saya tidak menyokong,” ujar Jep menyusur kembali zon masa silamnya beberapa tahun ke belakang.

Berbicara mengenai keperitan sebagai pelawak kata juara Maharaja Lawak 2011 itu, dia berterima kasih kepada Astro Warna yang telah membekalkan platform khusus kepada pelawak yang sebelum ini hampir dipandang sepi.

Malah kata Jep, untuk berjaya dalam dunia pelawak, resipinya terletak intipati lawak setiap kali membuat persembahan.
“Pelawak boleh kekal lama asalkan lawak yang dibuat bukan pada fizikal semata-mata tapi juga dengan perkataan yang mengandungi unsur-unsur nasihat. 

“Pengetahuan mengikut peredaran zaman adalah perlu dan kepelbagaian harus ada untuk melawak,” kongsi Jep.



Sumber : Kezoom .

GEMPAR !!! Temui mayat hanya berseluar dalam

ROMPIN - Mayat seorang lelaki yang sudah berbau busuk dan berulat dengan hanya memakai seluar dalam ditemui terdampar oleh seorang penduduk di pantai Kampung Sungai Mengkuang, Endau, dekat sini kira-kira jam 5.15 petang kelmarin.

Penduduk, Azmi Mahmood, 44, berkata, dia dimaklumkan penduduk lain yang juga seorang wanita bersama anak perempuannya melihat satu objek terdampar kelihatan seperti mayat di tepi pantai berkenaan sebelum bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat objek dengan lebih dekat.

Bagaimanapun, cubaannya untuk merapati dan melihat objek berkenaan dengan lebih dekat yang jaraknya kira-kira 100 meter dari pantai gagal kerana keadaan lumpur tebal.

“Setelah mengharungi lumpur pantai kira-kira 50 meter saya mula terhidu bau busuk serta dapat melihat dengan jelas mayat seorang lelaki hanya berseluar dalam terdampar di pantai.

“Saya segera berpatah balik untuk menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Sepasukan anggota penyelamat diketuai Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Mersing, Penolong Penguasa Bomba Mohd Alias Husin bersama enam anggota kemudiannya dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu membawa mayat ke pantai.

“Pasukan penyelamat menghadapi sedikit kesukaran untuk menghampiri mayat itu dan operasi membawa naik mangsa ke pantai memakan masa kira-kira setengah jam kerana terpaksa mengharungi lumpur hingga ke paras pinggang untuk sampai ke lokasi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Zulkepli Hashim berkata, keadaan mayat tanpa sebarang dokumen berkenaan yang ditemui sudah berbau dan berulat dipercayai mati lebih tiga hari sekali gus menyukarkan proses pengecaman.

“Setakat ini, identiti mangsa yang dianggarkan berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun masih belum dapat dikenal pasti dan dipercayai warga asing berdasarkan tatu yang terdapat pada tubuh si mati,” katanya.

Beliau berkata mayat dibawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan. - SH.

BONGKAR !!! Hotel Berhantu Atas Gunung Kekal Jadi Tarikan Pelancong Biarpun Tidak Dihuni

Hotel del Salto telah dibuka secara rasmi pada 1924 berdekatan dengan Tequendama Falls Bogot River Colombia dan sayangnya hotel ini telah ditutup pada 1990 an. 

Orang ramai speculate hotel ini berhantu dan disebabkan itu tidak ramai yang datang menginap dalam hotel ini tetapi salah satu sebab kenapa hotel ini ditutup mungkin adalah kerana sungai yang berdekatan dengan hotel tersebut telah tercemar.

Rabu, 29 Januari 2014

GEMPAR !!! Video aksi lembu terlampau yang sempat dirakamkan


GEMPAR !!! Video aksi lembu terlampau yang sempat dirakamkan | Jom kita saksikan video dibawah ini aksi lembu tersebut..

BONGKAR !! Punca sebenar bas ekspress terbakar

 Penumpang Merokok, Bas Terbakar

Hanya kerana kelalaian seorang penumpang yang merokok didalam tandas sebuah bas, nyawa seramai 36 penumpang, pemandu dan konduktor sebuah bas ekspres hampir tergadai setelah kenderaan yang mereka naiki terbakar di Kilometer 78, Jalan Beluran-Telupid pada hari Ahad yang lalu.



Ini Yang Tinggal
 
Penumpang Sebabkan Kesesakan

Mereka bernasib baik kerana salah seorang penumpang mengesan kepulan asap dari tandas tersebut yang memaksa Pemandu memberhentikan bas serta merta untuk menyelamatkan semua penumpang. Kejadian tersebut telah menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang satu kilometer.

BONGKAR !! Ibu Suntik Botox Pada Wajah Anak Perempuannya Berusia 8 tahun [SAKSIKAN...]


Pihak berkuasa San Francisco sedang menyiasat seorang ibu yang mengakui memberikan suntikan botox antikedutan kepada seorang anak perempuannya yang berusia lapan tahun yang menyertai pertandingan kecantikan.

Seorang ahli kecantikan sambilan, Kerry Campbell mendapat kecaman ramai setelah dia menyuntik wajah anaknya, Britney dengan botox bagi menghilangkan kedutan yang muncul di wajah gadis itu ketika dia tersenyum.

Kerry mendakwa dia hanya memberikan rawatan itu ketika anaknya menyertai pertandingan kecantikan.

Wanita itu menegaskan bahawa anaknya itu meminta dia disuntik dengan botox.

Bagaimanapun, seorang pakar psikiatri, Dr. Charles Sophy berkata, ibu kanak-kanak berkenaan menghadapi risiko serius kerana merosakkan kehidupan anaknya berdasarkan aspek fizikal dan psikologi.

Suntikan botox amat menyakitkan dan tidak disyorkan untuk dilakukan ke atas perempuan di bawah umur 18 tahun.

PADAH !!! 2 beradik terlampau, khalwat dengan 5 lelaki

KUALA TERENGGANU - Tidak pernah serik! Dua beradik yang sebelum ini pernah ditangkap berkhalwat bersama lima lelaki di dalam sebuah bilik hotel sekali lagi dicekup penguat kuasa selepas didapati tinggal sebumbung dengan seorang peniaga, kelmarin.

Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral dua beradik yang masing-masing berusia 15 dan 18 tahun itu menerima padah apabila diarahkan menjalani hukuman selama enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Selangor oleh Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam.

Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail membuat keputusan itu selepas dua beradik berkenaan  mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Dua beradik itu bersama seorang lelaki berusia 26 tahun yang bekerja sebagai peniaga mengaku bersalah melakukan khalwat di dalam sebuah rumah di Kondo Rakyat, di sini, 27 Januari lalu.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan pegawai dan anggota membuat serbuan di rumah berkenaan kira-kira jam 10.45 pagi.

Ketika sampai, pintu rumah serta tingkap berkunci sebelum dibuka seorang lelaki dan hasil pemeriksaan, mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram.

Sebelum ini, satu waran tangkap dikeluarkan mahkamah bagi menahan dua beradik itu selepas keduanya gagal hadir ke mahkamah.

Kedua mereka sebelum ini turut didakwa melakukan khalwat bersama lima lelaki berusia antara 19 hingga 22 tahun di dalam sebuah bilik hotel, di sini, kira-kira jam 2.30 pagi pada 7 Jun 2013.

Bagi setiap pertuduhan, Kamalruazmi mengarahkan dua beradik berkenaan menjalani hukuman enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Selangor, bagaimanapun beliau membenarkan hukuman itu berjalan serentak.

Dua rakan lelaki tertuduh masing-masing berusia 19 dan 21 tahun sudah pun menjalani hukuman sementara satu waran tangkap dikeluarkan terhadap tiga lagi tertuduh selepas gagal hadir ke mahkamah.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Undang-undang dan Pendakwaan Terengganu. - SH.

Zamir Juara Masterchef All Stars Malaysia


Assalamualaikum & selamat malam. Akhirnya, menepati ramalan dan sokongan yang tinggi buatnya dari para peminat, Zamir dinobatkan sebagai pemenang Masterchef All Stars Malaysia. Menewaskan Celina, ia bukan satu tugas yang mudah kerana jumlah markah yang terkumpul diantara mereka untuk tiga hidangan tidak jauh. Namun menurut pendapat juri, hidangan Zamir lebih menyerlah dari Celina, walaupun setiap hidangan mereka tidak terlepas dari kritikan yang berat dari para juri.

Sayang buat Celina, dia masih berdepan dengan kritikan tentang menu starter yang dihasilkan dari protein laut, memandangkan dia pernah dikritik tentang protein yang sama semasa Masterchef Selebriti 2 dulu. Cuma kali ini, tentang perasanya.. Namun tahniah buat Celina, kerana markah yang dikumpulnya adalah tinggi cuma nasib tidak menyebelahinya.

Selasa, 28 Januari 2014

Gambar-gambar majlis resepsi perkahwinan Linda Onn

Jika sebelum ini penyampai radio Suria FM, Linda Onn atau nama sebenarnya, Rozlindah Onn dilihat sangat berahsia dengan majlis perkahwinannya yang diadakan pada 27 Disember lalu.

Malah, dirinya dikecam teruk sesetengah media arus perdana yang dikatakan dihalang daripada membuat liputan mengenai majlis pernikahan dengan jejaka berketurunan diraja Johor, Ungku Azhar.

Setelah hampir sebulan diijabkabulkan, Linda baru-baru ini mengadakan majlis resepsi di Restoran Hadramawt, Jalan Ampang.

Majlis bertemakan ‘English Wedding’ itu turut dihadiri ramai rakan artis seperti Dato Aznil Nawawi, Dato Siti Nurhaliza, Umie Aida, Azwan Ali, Rabecca Nur Al Islam dan Noniswara.

Jom sama-sama saksikan kemeriahan majlis resepsi pasangan sama cantik sama padan ini.





Gambar van keselamatan dibakar, perompak larikan RM 3.3 juta di Kuala Selangor


Kuala Selangor : Empat penjenayah melarikan wang tunai RM3.3 juta daripada sebuah van keselamatan di sebuah stesen minyak di Ijok di sini, kira-kira 10 pagi tadi.

Sumber polis berkata, difahamkan, kejadian berlaku apabila sebuah van syarikat keselamatan berhenti di stesen minyak itu untuk memindahkan wang tunai ke ATM.
"Sebaik kenderaan itu berhenti, keempat-empat suspek yang sudah menunggu di stesen minyak berkenaan terus menyerbu dan melarikan van terbabit dengan membawa bersama empat pengawal keselamatan.

"Kenderaan itu dilarikan kira-kira 1 kilometer ke sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Makmur," katanya.

Menurut sumber, sebaik tiba di ladang kelapa sawit itu, empat penjenayah terbabit mula memindahkan sembilan beg berisi wang itu ke sebuah van lain sebelum membakar van syarikat keselamatan itu.

Kesemua pengawal keselamatan terbabit ditinggalkan bersama van yang terbakar, katanya.

Katanya, dua daripada empat pengawal keselamatan mengalami kecederaan melecur pada anggota badan dan sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.


TERKINI !! Lembah Klang mula dilanda jerebu

PUTRAJAYA - Keadaan udara kelihatan berjerebu telah berlaku sekitar kawasan Lembah Klang pada petang semalam, Ahad, 26 Januari 2014.

Berdasarkan laporan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), beberapa kawasan di Lembah Klang iaitu Sepang, Petaling Jaya dan Subang, Selangor telah mencatatkan pengurangan jarak penglihatan pada jam 5 petang semalam dengan bacaan sejauh 4 kilometer hingga 8 kilometer, berbanding jarak penglihatan yang baik iaitu melebihi 10 kilometer .

Bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada 26 Januari 2014, jam 5 petang adalah dalam keadaan baik dan sederhana di seluruh negara dan tiada kawasan yang mengalami bacaan IPU tidak sihat.

Sehubungan itu, keadaan berjerebu yang dialami pada petang semalam merupakan fenomena cuaca yang biasa dan tidak menjejaskan kesihatan orang awam. Pada hari ini, bacaan IPU yang direkodkan pada jam 11 pagi menunjukkan sebanyak 28 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik, manakala sebanyak 24 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap sederhana.

Maklumat terperinci bacaan IPU mengikut lokasi-lokasi stesen pengawasan adalah seperti di LAMPIRAN 1.

Pengurangan jarak penglihatan yang menyebabkan ruang udara kelihatan berjerebu ini adalah disebabkan kehadiran habuk halus atau partikel udara yang terampai dalam keadaan cuaca semasa yang kering. Habuk halus atau partikel udara yang terampai merupakan bahan pencemar yang dilepaskan ke atmosfera daripada pelbagai punca aktiviti manusia antaranya, pelepasan kenderaan bermotor, perindustrian, aktiviti pembangunan tanah dan pembinaan. Sehingga kini tiada sebarang pembakaran terbuka yang boleh menjejaskan kualiti udara berlaku di kawasan Lembah Kelang.

Berdasarkan laporan oleh METMalaysia, semenjak beberapa hari lalu, pergerakan angin di kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia adalah perlahan dengan halaju 10 km sejam dan keadaan atmosfera adalah stabil. Faktor-faktor cuaca ini dan keadaan topografi kawasan Lembah Klang yang bercirikan lembah (valley) menyebabkan habuk halus atau partikel udara yang terampai terperangkap di ruang udara dan tidak dapat menyebar (disperse) dengan cepat. Pada 27 Januari 2014, METMalaysia turut melaporkan bahawa beberapa kawasan di Lembah Klang  iaitu Daerah Hulu Selangor, Kelang, Kuala Selangor, Petaling dan Sepang masih tidak menerima hujan melebihi lima hari berturut-turut semenjak 22 Januari 2014.


Tindakan di peringkat tempatan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengawasi dengan rapi status kualiti udara di seluruh negara dan telahpun mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka di semua negeri. Selain daripada itu Jabatan Alam Sekitar juga telah mempertingkatkan pelaksanaan Prosedur Tetap Operasi (SOP) Program Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut Yang Mudah Terbakar bagi mencegah dan mengawal sebarang punca tempatan yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara dan jerebu. JAS juga mempertingkatkan penguatkuasaan ke atas pelepasan asap dari kenderaan bermotor dan pelepasan dari industri.


Nasihat/makluman

Berikutan keadaan cuaca kering dan berangin Timur Laut yang sedang dialami, orang ramai terus dinasihatkan supaya tidak melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka. Orang ramai juga diminta bekerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan juga melaporkan kes-kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol, 1-800-88-2727.

(LAMPIRAN 1)

INDEKS PENCEMAR UDARA (IPU) JABATAN ALAM SEKITAR MALAYSIA PADA 27 JANUARI 2014 (ISNIN) JAM 11 PAGI

KAWASAN Masa/Time

AREA 11:00am

Kangar, PERLIS 60*

Langkawi, KEDAH 40*

Alor Setar, KEDAH 44*

Bakar Arang, Sg. Petani, KEDAH 66*

USM, P. PINANG 51*

Perai, P. PINANG 50*

Seberang Jaya 2, Perai, P. PINANG 54*

JalanTasek, Ipoh, PERAK 55*

S K Jalan Pegoh, Ipoh, PERAK 55*

Kg. Air Putih, Taiping, PERAK 55*

Seri Manjung, PERAK 53*

Tanjung Malim, PERAK 51*

Pelabuhan Kelang, SELANGOR 67*

Petaling Jaya, SELANGOR 57*

Banting, SELANGOR 69*

Shah Alam, SELANGOR 56*

Kuala Selangor, SELANGOR 60*

Batu Muda, KL W.PERSEKUTUAN 64*
Cheras, KL W. PERSEKUTUAN 44*

PutraJaya, W. PERSEKUTUAN 49*

Labuan, W. PERSEKUTUAN 41c

Nilai, N. SEMBILAN 55*

Seremban, N. SEMBILAN 52*

Port Dickson, N. SEMBILAN 55*

Bukit Rambai, MELAKA 66*

Bandaraya MELAKA 51*

Pasir Gudang, JOHOR 44*

Larkin, JOHOR 49*

Muar, JOHOR 47*

Kota Tinggi, JOHOR 39*

Tanah Merah, KELANTAN 65*

SMK Tanjung Chat, Kota Bharu, KELANTAN 50*

Kemaman, TERENGGANU 54*

Paka, TERENGGANU 41*

Kuala Terengganu, TERENGGANU 44*

Jerantut, PAHANG 37*

Indera Mahkota, Kuantan, PAHANG 51*

Balok Baru, Kuantan, PAHANG 56*

Kuching, SARAWAK 26*

Sibu, SARAWAK 34*

Bintulu, SARAWAK 26c

Miri, SARAWAK 16c

ILP Miri, SARAWAK 11*

Sarikei, SARAWAK 45*

Limbang, SARAWAK 18*

Samarahan, SARAWAK 36*

Sri Aman, SARAWAK 49*

Kapit, SARAWAK 30*

Kota Kinabalu, SABAH 41*

Tawau, SABAH 28*

Keningau, SABAH 43*

Sandakan, SABAH 26*

Keterangan/Explanation
Taksiran IPU | Bilangan Kawasan


API Indication | Number of Areas

0-50 Baik/Good 28

51-100 Sederhana/Moderate 24

101-200 Tidak Sihat/Unhealthy 0

201-300 Sangat Tidak Sihat/Very Unhealthy 0

>300 Berbahaya/Hazardous 0

# Masalah Teknikal/Technical Problem 0

Nota/Note: * = Habuk Halus (PM10) | c = Ozon (O3)
a = Sulfur Dioksida (SO2) d =

Karbon Monoksida (CO)
b = Nitrogen Dioksida (NO2) & =
Lebih daripada satu pencemar

SUMBER: Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE)

UNTUK MAKLUMAT SILA HUBUNGI:
NAMA : Mohd Haizul bi Hod
Unit Komunikasi Korporat (UKK)
TEL : 03-8886 1585 (DL)
FAKS : 03-8889 4763

- Bernama
Dikuasakan oleh Blogger.